Powered By Blogger

Tuesday, January 24, 2012

~S A H A B A T~




~ASSALAMMUALAIKUM~

Kita amat bertuah sebenarnya jika masih ada sahabat yang mahu menegur kita, membimbing kita, dan membawa kita ke jalan yang lurus iaitu jalan yang Allah redhai. Sahabat yang menegur kita dan yang membimbing kita itulah yang dapat menolong kita daripada tergelumang dengan najis-najis dosa serta terus hanyut dalam kelalaian kepada dunia. Beruntungnya kita mempunyai sahabat yang sentiasa memandui kita menjalani liku-liku dunia yang mana begitu banyak benda yang indah di mata nafsu tetapi begitu jelik di mata iman. Hargai sahabat anda tidak kira siapapun mereka.

Mari kita menjadi seorang sahabat yang sentiasa membimbing dan menyedarkan sahabat kita bahawa segala kekuatan itu datangnya dari Allah yang Maha Kuat dan segala apa yang kita ada juga datangnya dari Allah. Semoga kita dapat mendidik diri agar tidak bosan menghulurkan tangan. Bukalah ruang rahmat dihati kita, sambutlah tangan mereka dengan penuh kasih sayang. Tiada kesempurnaan dalam diri manusia, bersabarlah menghadapi sahabat yang pelbagai. Semoga kita tergolong dalam golongan sahabat-sahabat yang soleh dan solehah. bersahabat hingga Syurga ! InsyaAllah



~WASSALAM~

No comments:

Post a Comment